Bagi kawan-kawan yang nak buat bajet untuk beli DIY AI box sendiri, berikut saya berikan checklist yang saya punya kira-kira hari tu. Jangan terkejut, ya barang-barang AI memang mahal. ini pun saya dah cuba sedaya upaya untuk berjimat. Seperti biasa, IYKYK. hehehe mungkin yang baca dokumen bajet ni adalah sebahagian dari penjual saya. Ambik je spreadsheet dibawah ni, adjustlah ikut bajet anda. Dalam pemilihan spesifikasi, ada beberapa kriteria khas yang ditentukan oleh AI(tak percaya tanya ler AI):
1. jangan ada bottleneck dimana-mana part, nanti box anda akan choke.
2. kadang-kadang barang itu mesti sepasang yang serupa. contohnya RAM. jangan beli RAM "kahwin"
3. GPU tengah hot. memang harga naik, API kata, beli lah yang terkini, tetapi risikonya ialah driver CUDA belum ada atau belum stabil.
4. dalam AI, RAM tak main peranan besar. RAM cuma jadi posmen untuk pindahan fail besar dari storage ke VRAM. Kalau AI model gemok dan lebih besar dari VRAM, maka dia akan melimpah ke RAM dan buatkan proses menjadi perlahan. sesuai kalau nak testing2.
5. saya guna jenis storan NVME, 2TB. Dulu ingat 2TB tu lambat nak penuh, tapi baru pakai 2 bulan, 1TB dah penuh. hahaha, betullah apa yang PT kata, storan cepat penuh sebab kita kena download fail AI model semuanya XXGB. gemok-gemok belaka.
6. saya dinasihatkan oleh AI supaya beli PSU dan storan sahaja yang baharu. lain-lain, boleh je beli used part. kenapa? adalah sebabnya..
Kalau fail dibawah tak boleh download, inform saya dalam komen. Nasihat saya yang ikhlas, tak perlu membeli jika kawan-kawan semua dalam fasa POC. Jangan jadi macam saya, exited melampau-lampau. hahaha. Nak install apa dalam box, baca je artikel siri vibe coding.
Selamat membeli(saya tak suruh beli).
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1B9pn1KtDsmprXfMcGm19YXuGloOp307LbeeMHcdyqU0/edit?usp=sharing
Comments