Skip to main content

Posts

Bouncy Castle Library

 Hello kawan2, aku dah tak pakai OpenSSL.Managed dah sekarng. bukan tak bagus, tapi ada sesetengah perkara tak dapat dibuat sebab developer dia tak buat, jadi wrapper ni tak sesuai utk aku. Skarang aku dah ubah ke bouncy castle. Bagi yang nak bertukar ke bouncy castle library, aku ingatkan program akan jadi sedikit panjang dari lain2 wrapper. Panjang sikit tak apa, yang penting "solid". Rajin2 ler usha kat sini.  https://www.bouncycastle.org/

Internet Hotspot dah "Licin", Tiba2 boleh "Hidup" kembali.

 Aduhai, lama tak bersembang2 ye. Aku termenung bila hotspot 12GB Yes 5G aku abes. Rasa quota aku disedut laju je. Tiba2 aku cari solution dalam Google, terjumpa seorang brader kongsikan cara2 nak bypass hotspot yang mana pakai pc/laptop dan hotspot melalui fon lah. Kalau lain dari cara sambungan tu, jangan ditanya ler, aku pun tak tau. ni aku sharekan juga petua dari dia. Hangpa semua boleh je baca kat web blog dia. Give a credit to him. taip di command promt (administrator level) seperti dibawah. satu persatu, tekan enter. netsh int ipv4 set glob defaultcurhoplimit=65 netsh int ipv6 set glob defaultcurhoplimit=65 lepas dah taip 2 baris tu. try ler ping mana2 url yang korang tau. ada respon? atau buka browser. Aku berjaya dan menjadi, sebab tu aku tulis dan korang boleh baca artikel ni. hahaha. Selamat mencuba ye. berapa lama dapat bertahan? entah la bos! Sumber:    Cara Buat Unlimited Data Hotspot Pada Semua Telco Secara Percuma (blogfaiz.com)

Samsung SSD M.2 NVME 2280

 Bagi yang ada problem ssd pada MS Surface Pro, belilah jenama Samsung sebab ssd dia hanya single layer. sesuai untuk ruang surface yang sempit. Jangan jadi macam aku, terbeli yang jenama lain, dia hantar double layer, mau kembung naik ke screen. skru pon nak masuk susah. buang duit je rm500. last last sumbat je ssd double layer tu dalam ssd nvme enclosure. hahaha padan muka aku. Samsung punya cun, single layer. aku beli ssd yang baru ni Samsung SSD 980. Berdezup jugak pegi nye. puas hati memakai.

SSD Microsoft Surface buat hal

 Bagi korang yang pakai MS Surface, hmmm ssd kalau dah mula menunjukkan "cannot boot", keluar blue screen yang dia cakap cari SSD tak jumpa buat pertama kali, hangpa kena beringat, Surface dah kasi warning pertama supaya cepat2 backup fail dalam SSD tu bila hangpa dapat access masuk semula. Kadang2 dapat masuk 30 minit je ke Windows. cepat2 keluarkan fail yang penting. kalau tak.. hmm SDD tu kaput. backup lah segera dan selalu, jangan jadi macam aku. fail tak boleh recover.. naya woo

Certificate Signing Request

Nak jana RSA CSR-Certificate Signing Request pon satu hal jugak. Cubalah korang try test snipet bawah ni. aku cuma nak tunjuk pasal nak tambah emailAddress tu je. Yang lain2 tu semua serupa saja. using (var DN = new X509Name())             {                 . . . Nak buat CSR pakai  X509Request { PublicKey = rsaKey, Subject = DN })                   kemudian signed dengan csr.Sign(rsaKey, MessageDigest) itu je

RSA Privatekey

Seminggu pening aku dengan kaedah nak jana RSA privatekey/CSR/certificate guna OpenSSL atas web. sebelum ni aku pakai buat manual je.  kena bukak console/command prompt. akan jadi leceh bila ko berada jauh dari comp yang ada remote desktop. snippet (saja aku kasi tak lengkap supaya korang pikir bior jalan otak sket) ni utk nak jana RSA privatekey. tapi aku pakai OpenSSL.NET la. var iKeySize = int.Parse(ddl_ec_RSAPrivateKeyKeySize.SelectedValue); BigNumber bn = 0x10001; using (var rsa = new OpenSSL.Crypto.RSA()) { rsa.GenerateKeys(iKeySize, bn, null, null); txt_ec_RSAPrivateKey.Text = rsa.PrivateKeyAsPEM; }

X509Certificate2 releases resources

kalau dah lepas pakai X509Certificate2, release le dari memory selepas dipakai. kalau buat sistem hi-speed dan loading certificate beribu-ribu kali, lama2 memory pon habis. cert.Reset(); //buang isi kandungan cert yang load tadi source:  https://docs.microsoft.com/en-us/dotnet/api/system.security.cryptography.x509certificates.x509certificate2.reset?redirectedfrom=MSDN&view=netframework-4.7.2